31 Julai, 2009

MaNDi aDaLaH uBAt YAng PalINg SenAng DiaMALKan

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
:

Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit
:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..



Selesema dan sakit kepala
:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.



Insomnia
:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

KiNi GiLiRan UTeM PuLa..

Sejak kebelakangan ini kes influenza H1N1 sering kali melanda di setiap sekolah mahupun universiti di negara ini. Banyak sekolah dan universiti telah diarahkan tutup selama seminggu oleh pihak kesihatan supaya kes selsema ini tidak berlarutan. Di melaka hampir kesemua universiti telah ditutup selama seminggu sehingga mendatangkan "kejealousan" oleh sebuah universiti iaitu para pelajar UTeM..hahaha.(dapat juga cuti selama seminggu..hehe)
Pihak universiti telah pun memaklumkan kepada setiap pelajar2 supaya bercuti selama seminggu bermula dari hari ini(jumaat) hinggalah ahad minggu depan.. :-)

Semua pelajar mula merasakan keseronokkan untuk bercuti..tetapi jangan lupa jagalah kesihatan anda semua..hehe cuti-cuti gak, assignment jgn lupa..hehe semoga pelajar2 UTeM yang lain tidak dijangkiti influenza H1N1 ini..

~wassalam~

21 Julai, 2009

jULai StorY

Kecian blog aku ni..hehe dah lama tak diupdatekan..hehe
Biasala tu dah macam2 kerja kena wat..lgpun kn sem baru dah start...
Korang pun camtu jugak kan..yela kita kan student setiapkali sem baru menjelma, macam2 yang kita kena sediakan..kena kemas baju,barang2 peribadi dan macam2 lagi la..

Sebenarnye aku taktau nk story mori ape kt korang..huhu nk cite takde bahan..huhu, aku just menjalani hari-hari aku dengan aktiviti-aktiviti yang selalu aku lakukan.. chatting,tido, makn.haha tu je la kot.. nnt kalo ade story aku story kt korang haha..